Tuesday, 8 September 2015

Apa Yang Menarik Di World's Largest Toy Museum I Penang Toy Museum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pernah korang semua tengok kartun Toy Story or Movie Night at Museum, pada malam hari semua Patung-patung ini hidup? berinteraksi sesama sendiri. Seramkan tambah kalau Chucky dari Child's Play horror film itu hidup memang creepy! So kalau korang nak lihat beribu-ribu koleksi patung pelbagai saiz dan rupa jadi  jom ke World's Largest Toy Muzium I Penang Toy Muzium Yang Terbesar di Dunia terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang

Toy Muzium Penang I  World's Largest Toy Museum

14)  World's Largest Toy Museum I Penang Toy Muzium

Meh share dengan korang serba sikit mengenai sejarah Toy Museum, Di dalam Toy muzium  ini menyimpan lebih 100,000 permainan, patung yang tidak patut disembah dan collector's item daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa dari pelbagai siri kartun, televisyen, filem mahupun permainan video.

Jadi bila korang masuk ke sini seolah-olah kembali kezaman childhood, hanyut di dalam dunia fantasi masing-masing terutama melihat karekter patung yang kita kenal.  Bagi  yang lahir pada zaman 90an pastinya terkenang animasi seperti Dragon Ball, ninjaboy, Doremoon, salamoon, maklumlah dulu tak berapa banyak chanel yang dapat Rtm & Tv 3 itupun sekejap ada sekejap tak de siaranl !

One of my favorite movie of all time Pirate of caribbean, memang excited dapat tengok semua charekter patung dari movie pirate of caribben terutama Kapten Jack Sparrow

Kapten Jack Sparrow dan tidak dilupakan juga kawan-kawan beliau Will Turner, Barbossa, elizabeth Swann dan watak-watak yang sob tak ingat namanya :P

Kawan baik setiap budak perempuan, Barbie! so pinky :P

Laluan di dalam Toy Muzium

Di dalam muzium ini boleh dibahagian kepada beberapa seksyen seperti Chamber of Comic Book Heroes, Chamber of Horror, Hall of Rock and doll Legends dan lain-lain mengikut jenis Toys. Semua  patung ini diletakkan di dalam kotak untuk melindungi daripada patah atau rosak, sebab kebanyakkan patung-patung ini terutama yang bersaiz besar ditempah di luar negara dan harganya bernilai ribuan ringgit.

Laluan agak besar, so tiada masalah untuk bergambar pelbagai cara mengikut kretiviti korang dengan pelbagai gaya, lagi fotogenik lagi cantik hasil yang korang dapat. Owh di setiap rak ada empat tingkat pula dan masing-masing penuh dengan toys sampai naik juling mata tengok :P

Dragon ball, budak-budak yang lahir tahun 90an mesti tahu kartun ni, paling menyampah kalau ada kelas tambahan hari sabtu, sebab mesti miss tengok kartun ni.. kamehameha!



Antara koleksi yang paling banyak ada di dalam muzium ini sob rasa ialah dari Filem Star Wars! 




Sebab si Chucky inilah sampai sekarang sob tak suka nak kumpul any toy kat rumah, korang pahamlah perasaan seorang budak lelaki yang menonton cerita ini ada zaman kecilnya! such as scary & creepy story! paling seram pernah sob tengok waktu kecil
So far sob memang sangat berpuas hati dengan koleksi-koleksi yang ada di dalam muzium ini, sangat banyak, menarik dan interaktif  untuk dilawati sampai tak sempat nak lihat semua Toys yang dipamerkan.Toy Muzium ini Sob boleh ibaratkan sebuah tempat untuk menggamit memori zaman kita masih kecil, teringat di mana animasi-animasi ini pernah menjadi kegilaan, idola dan superhero pada satu ketika dahulu terutama yang lahir tahun 80 & 90an. 

Sekiranya pada masa hadapan sob sangat berharap pihak pengurusan akan membuat satu seksyen khas mempamerkan toys daripada animasi tempatan seperti sang wira, anak-anak sidek, Usop sontorian yang terbaru boboboy, puteri dan upin dan ipin sebab kebanyakkan rakyat malaysia membesar dengan menonton siri animasi ini :P

World's Largest Toy Museum I Penang Toy Muzium

Panduan Perjalanan ke Toy Muzium, Penang :

Dari Batu Ferringhi memandu menghala ke Teluk Bahang jumpa roundabout sila ambil ke arah bulatan jam numbor 9 exit. signboard untuk simpang masuk hanya 50 Mtr. Boleh juga menaiki bas Rapid Penang : 101, 102 dan 501 atau bas Penang HOHO (beach route) dan turun di Teluk Bahang.

sumber:babab.net

No comments:

Post a Comment