Linda Rafar Dedah Suami Lafazkan Cerai Selepas Itu Menyesal | Ternyata gambar yang dimuatnaik oleh Linda Rafar di akaun Instagram miliknya yang seperti memberi gambaran tentang masalah rumah tangganya adalah benar. Melalui gambar itu, ia seolah-olah memberitahu apa yang sedang dilaluinya dan perasaannya ketika itu.
Berita tentang perpisahan antara Linda dan suaminya, Syed Aiman sangat-sangat mengejutkan. Yela mana tak terkejut sebab sebelum ini kita tak pernah dengar apa-apa cerita negatif tentang rumah tangga mereka memetik Suria fm.
Yang paling menyedihkan apabila Syed Aiman melafazkan cerai terhadap isterinya yang ketika ini sedang hamil tiga bulan. Lafaz cerai itu berlaku di kediaman mereka pada jam 7 pagi tadi dan disaksikan oleh ibu dan anaknya.“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma“ – petikan dari rotikaya.
Isu penceraian perlu didengar oleh dua-dua pihak dan Syed Aiman menafikan rumah tangganya mempunyai masalah dan dia juga tidak tahu apa-apa tentang gambar yang dimuatnaik oleh isterinya di Instagram. Apa-apa pun kita tunggu esok jela sebab Linda akan mengesahkan lafaz cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Kami berharap agar Linda Rafar dan Syed Aiman dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik. Mungkin ada salah faham diantara dua pihak yang kita tak tahu.
sumber:babab.net
No comments:
Post a Comment